Tuesday, December 22, 2009

TENTANG KEDATANGAN IMAM MAHADI

Adakah anda pernah tertanya bahawa adakah kita ni umat yang bakal merasai zaman Imam Mahdi mahupun Dajjal? Tidakkah anda terfikir? Kalau dulu 1400 tahun lepas, Nabi SAW pernah ditanya oleh seorang perempuan tua bahasa berapakah lama usia bumi ini. Dijawabnya Nabi SAW, lebih kurang jarak antara jari dan berfikirlah sejenah bahawa jawapan itu ialah dijawab lebih kurang 1400 tahun yang lepas. So sekarang berapakah usia bumi ini. Gunung berapi banyak meletup. Malaysia yang dahulunya jauh dari Lingkaran Api Pacifik kini sudah merasa kesannya. Bukti? Bukit Tinggi di Pahang yang dahulunya sepi, kini kerap mengalami gegaran. Pada mulanya, Jabatan Meteorologi cuba menenangkan awam dengan mengatakan ianya adalah biasa bagi tempat tinggi tapi kini mereka pun terdiam kerana dikatakan tahun lepas sahaja sudah hampir lebih 100 kali gegaran direkodkan.

Banyak lagi berita-berita di media massa yang menjawab persoalan-persoalan kita tentang usia bumi ini. Bumi kerap "menggeletar" (gempa bumi), bumi kerap "muntah" (gunung berapi), bumi kerap mengeluarkan "kencing yang tak lawas" (tsunami), bumi kerap "bersin" (tornado) dan macam-macam lagi.

Dikatakan juga pada hari kiamat nanti, semua orang pun dah tak ingat sesiapa, cuma ingat nak selamatkan diri sendiri sahaja, ibu terlupakan anak, suami terlupakan isteri dan macam-macam lagi. Aku berdoa agar aku bukanlah generasi yang akan menghadapi saat akhir nyawa bumi ini, termasuk juga zaman dajjal nanti. Eh ye ke? Desas desus mengatakan yang kita sekarang ni dah masuk zaman Dajjal pun. Wallahualam. Anyway, bawah ni ialah hadis sohih tentang Imam Mahdi.

serban kecil
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun." (Abu Sa'id Al-Khudri r.a)


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PETIKAN DRP:http://huzaifahmuntalip.blogspot.com

No comments:

Post a Comment