Monday, October 12, 2009

PESAN RASULULLAH SAW

At - Tarmizi " Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba sebelum nyawa sampai di tenggorokkan." At-Thabrani dan al -Baihaqi dari Muaz, dia berkata" Rasulullah saw memegang tanganku lalu berjalan perlahan sambil berkata:

"
wahai Muaz, kuwasiati kamu agar bertaqwa kepada Allah, berbicara yang benar, teguh memegang janji, menyampaikna amanat, meninggalkan khianat, menasihati anak yatim , menjaga tetangga, menahan amarah, berbicara lembut, memberi salam, setia pada imam, memahami Al-Quran, menyukai akhirat, dan beramalkan yang baik. Serta aku melarang engkau memaki orang Islam, membenarkan orang dusta, mendustakan orang benar, menderhakai imam adil, dan berbuat kerosak2an di atas muka bumi. Wahai Muaz, ingatlah kepada Allah, di bawah pohon, atau di atas batu, dan memperbaharuilah taubat untuk setiap dosa, yang sembunyi dengan sembunyi dan yang terang pun dengan terang-terangan.".


Ana:Hanya Allah yang Maha Mengetahui antara yang benar dan yang dusta jua yang tersembunyi.Ramai sahabatku mendustakan kebenaran serta membenarkan yang dusta...

KEUTAMAAN TAKUT DARI DOSA

Sufyan ats tsauri mengatakan" " aku datang kepada jaafar as -shadiq, ku berkata kepadanya, :"wahai putera Rasuluyllah saw , wasiatilah aku, !".

Dia berkata " Tidak ada maruah bagi pendusta, tidak ada kedamaian bagi penghasad , tidak ada persaudaraan bagi orang yang membosankan dan tidak ada kemuliaan yang buruk kelakuannnya.".

Aku berkata " Wahai putera Rasulullah saw, adakah lagi?'

Dia berkata:" Wahai Sufyan, hindarkan larangan Allah, maka jadilah kau seoranmg abid. Relakan ujian Allah untukmu,maka kau menjadi muslim. Temanilah orang dengan apa yang engkau sukai jika mereka menemanimu dengannya, maka engkau menjadi seorang mukmin. Jangan engkau temani orang jahil, lalu dia akan mengajarkan kejahatannya kepadamu, yakni menceritakan agama temannya, maka lihatlah siapa yang tercela. Serta berbincanglah urusan mu dengan orang orang yang takut kepada Allah."

Dia menyambung, " Rasulullah saw mengajariku 3 perkara:

"siapa menemai orang jahat, tidak akan ia selamat. Siapa masuk ke tempat keji, bererti ia tergolong dengan mereka. Dan siapa tidak pandai men guasai lidahnya, tentu akan menyesal"

ana: "Ya Allah, ku berserah padaMU. Hanya Kau saksiku..."

Sunday, October 11, 2009

MARTABAT IMAN

"Jika kau ditimpakan penyakit, itu tandanya Allah hendak meringankan azab kerna dosamu,
jika kau ditimpakan ujian/ bala, itu tandanya Allah hendak menguji tahap keimananmu kerana Dia ingin mengangkatnya ke maqam yang lebih tinggi.."

ana: " Ya Allah, ampunkan dosaku, dan dosa orang tuaku..."

ANTARA SABAR DAN MENGELUH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah

petikan drp internet: 1001 kisah teladan

ana:" sedang diuji....."

LARANGAN BERBUAT ZALIM

Allah Azza Wa Jalla berfirman:
"..Nanti akan tahu orang orang yang aniaya, ke tempat mana mereka akan kembali"
QS. Asy Syura:227)

...alangkah indah kata seorang penyair:
" Jangan menganiaya saat kau mampu,
Akibat penganiyaan adalah penyesalan jua,
Kedua matamu tidur, sedang yang teraniaya bangun,
Mohon dibalas kau sedang Allah selalu berjaga.."

Ba'dus Shalaf mengatakan" Jangan kau menganiaya orang lemah, akan jadi kau orang kuat yang terburuk"


PETIKAN BUKU : PENENANG JIWA
Terjemahan: IMAM AL-GHAZALI

Ana: " Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa dosa mereka dan berilah hidayahMu agar mereka tidak mengulanginya ". Ameen..

Saturday, October 10, 2009

TANDA TANDA KIAMAT


Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata.


petikan: laman web 1001 kisah teladan

ana:" takutnya azab Allah"

KEAJAIBAN SIKAP SABAR

Junaid al -Baghdadi ra telah berkata, : Bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang yang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah(lupa). Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpan bala, rela dan bersabar"


petikan: buku penenang jiwa:
terjemahan kitab IMAM AL_GHAZALI

Penyakit yang bawa ke neraka




Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik bintik hitam yang mengotori dan dan mengeraskan hatinya.Semakin berani ia berbuat maksiat, kedudukan iblis menjadi semakin kuat...dan..iblis mengibarkan benderanya.Maka ketika itulah hati menderitai penyakit yang berbahaya yang tidak dapat dirasai serta tidak dapat ditemukan doktornya , yang kelak akan menghantakan seseorang ke NERAKAAA.......

Rwayat Bukari & Muslim.
"Ingat! Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, Jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya...Ingat! Itulah hati.."


petikan: buku penenang jiwa:
terjemahan kitab IMAM AL_GHAZALI

KEPENTINGAN MEMBANTU SESAMA MANUSIA

Allah Azza Wa Jalla berfirman:

"Bertolong tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong tolongan
mebuat dosa dan aniaya.."
(Q.S: Al maidah :2)

Rasullullah bersabda:

"Untunglah orang yang tangannya mengalir kebaikan dan celakalah orang yang tangannya mengalir keburukan...."

petikan: buku penenang jiwa:
terjemahan kitab IMAM AL_GHAZALI

Egois - nasyid kumpulan Mestika

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukanAddThis

Rahmat Ujian- nasyid drp Kumpulan Mestika

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu